Pelbagai soalan akan diajukan oleh pengguna sebelum membeli sesuatu produk. Sebagai pengguna berhak mengetahui sedikit-sebanyak informasi mengenai produk yang diambil. Berikut merupakan antara soalan-soalan popular yang sering diajukan oleh pengguna mengenai produk Beautskin Essence :
1. Bila masa terbaik untuk mengambil Beutskin Essence?
-Ambil 2x sehari, 2 biji sebaik sahaja bangun dari tidur, diikuti dengan segelas air masak iaitu sekurang-kurangnya setengah jam sebelum sarapan (seelok-eloknya sejam sebelum sarapan). 2 biji lagi diambil pada waktu malam, iaitu sebelum tidur (dengan andaian anda makan malam selewat-lewatnya 3 jam sebelum tidur, agar zat aktif produk dapat diserap sistem pencernaan tanpa gangguan dari makanan-malakan yang belum dihadam).
*** Sila minum banyak air masak/mineral sepanjang hari. Sekurang-kurangnya 2 liter. Ada sebabnya ya. Air berfungsi untuk melancarkan pembuangan toksin dan membolehkan nutrien diserap secara optimum oleh sistem dalaman badan. Toksin di dalam tubuh dapat disingkirkan melalui urin.
2. Bolehkah Beutskin Essence diambil bersama ubat-ubatan doktor, makanan tambahan kesihatan yang lain seperti kolagen, Vitamin C?
-Boleh, cuma pastikan anda jarakkan waktu pengambilan sekurang-kurangnya 1 jam sebelum mengambil produk lain. Namun untuk diambil bersama jamu adalah tidak digalakkan kerana kedua-duanya berunsur herba dan tidak dapat dipastikan keberkesanannya.
3. Bolehkah Beutskin Essence diambil ketika haid atau hamil/mengandung?
-Tidak ada masalah untuk diambil ketika haid malah ia membantu mengurangi senggugut, melaraskan kitaran hormon (bagi mereka yang hanya sesekali datang haid dalam beberapa bulan) juga melambatkan monopouse. Tetapi wanita hamil DILARANG mengambil produk ini kerana kandungannya yang boleh 'membersihkan rahim' dan mengecutkan saluran peranakan. Individu yang baru menjalani pembedahan dan menghidap kanser juga tidak sesuai mengambil produk ini. Sila beri perhatian.
4. Selepas bersalin/berpantang dan menyusukan bayi boleh ambil Beautskin Essence?
-Boleh, tapi kurangkan dos daripada 4 biji sehari kepada 2 biji sahaja, iaitu 1 biji pada waktu pagi dan 1 biji pada waktu malam. Beautskin Essence sangat bagus diambil oleh wanita selepas bersalin kerana ianya membantu mempercepatkan proses pemulihan luka selepas bersalin, mengeluarkan sisa darah nifas, memperbaiki rahim pada kedudukan asal dan mengetatkan semula vagina selain menambahkan susu ibu dan memberi tenaga. Walau bagaimana pun, pada tempoh ini, anda disarankan untuk mengamalkan BE dengan SNE Kapsul kerana SNE Kapsul memain peranan penting membantu merawat/memulihkan bahagian dalaman badan serta mengembalikan kesihatan selepas bersalin secara keseluruhan selain memberi manfaat yang lebih banyak dalam penyusuan kepada bayi. SNE Kapsul adalah ibu segala produk kerana mempunyai pelbagai khasiat untuk rawatan dalaman.
5. Bolehkah lelaki mengambil Beautskin Essence?
-BOLEH!!! Ia membantu mengimbangi hormon kelelakian anda selain menjauhi kanser prostat, di mana dengan pengambilan BE ia mampu merencatkan kanser tersebut selain menguatkan sistem perkumuhan (buah pinggang) anda. Untuk LELAKI, amalkan juga kapsul SNE, ibu segala produk terbaik untuk anda.
6. Berapa lama perlu diamalkan untuk melihat hasil kecerahan kulit?
- Ini soalan paling popular sekali yang sering diajukan. Semua begitu obses dan teruja untuk memiliki kulit yang cerah berseri. Perlu diingatkan, kesan tidak terlihat dengan serta-merta. Ia melalui beberapa peringkat. Tetapi sebelum itu, anda perlu fahami dulu bagaimana Beutskin Essence (BE) berfungsi dalam beberapa tahap dalam lingkungan masa tertentu. Dalaman perlu dirawat dahulu sebelum peringkat pencerahan terjadi.
**Penyerapan - 100% pati tumbuhan aktif yang diserap dengan pantas ke dalam sel-sel tubuh bagi mengaktifkan fungsi-fungsi utama sel.
**Pemulihan - Pati tumbuhan aktif dalam BE bertindak terus pada nukleus sel untuk menghasilkan enzim-enzim autogenus bagi memulihkan kecergasan.
**Penjanaan semula - Pati tumbuhan aktif dalam BE membekalkan nutien-nutrien yang mencukupi kepada sel dan membantu sel-sel kulit kembali sihat.
**Pengkhususan - Pati tumbuhan aktif dalam BE mula mengenal pasti dan bertindak secara khusus pada sel-sel yang rosak dalam tubuh dengan menambahkan kepekatan kolagen dan membaiki struktur serat-serat elastik, membolehkan kekenyalan dan keanjalan kulit dipertingkatkan.
**Pembekalan semula - Pati tumbuhan dalam BE membekalkan semula tenaga dan tahap nutrien yg diperlukan oleh sel-sel kulit
**Kebolehpercayaan - BE mengandungi 100% pati tumbuhan aktif tanpa penggunaan sebarang hormon dan oleh itu, ia tidak akan menyebabkan alergi dan kebergantungan.
Jadi kesimpulannya, jika kesemua tahap ini sudah dicapai, kesihatan dalaman dipertingkatkan, struktur kulit akan dipulihkan (jerawat, parut, pori-pori terbuka, jeragat, kekusaman hilang perlahan-lahan), maka barulah terlahir kulit halus cerah berseri. Ini semua diperolehi dalam tempoh 3-6 bulan pengambilan secara konsisten. INGAT ye...secara KONSISTEN....diulangi secara KONSISTEN.
7. Jika memberhentikan pengambilan, adakah kulit yang cerah/mulus kembali menjadi gelap dan kusam?
-Dalam jangka panjang, sudah tentu ianya akan terjadi, kerana tanpa zat-zat / nutrien mencukupi, kolagen semulajadi badan terbina dalam kadar perlahan dan merosot, selain pengumpulan toksin yang menghasilkan radikal bebas mempercepatkan lagi proses penuaan berlaku. Proses penuaan dan gejala kulit kusam akan tetap terjadi. Cuma ada cara untuk melambatkan proses tersebut. Salah satu caranya adalah dengan mengambil supplement yang bersesuai seperti Beautskin Essence. Selamat Ber"Beautskin" :-)
Sebarang pertanyaan dan keraguan sila hubungi :
***HOTLINE NUMBER : 017-2262548***
Tiada ulasan:
Catat Ulasan