Kebelakangan ini, kami selalu menerima sms dan panggilan telefon daripada pengguna mengenai masalah jerawat. Mereka tidak tahu apakah produk yang sesuai untuk diambil bagi merawat masalah tersebut. Dengan ini saya ingin berkongsi dengan anda semua agar dapat dijadikan panduan kita bersama.
Untuk masalah jerawat dan masalah kulit yang lain, kami mencadangkan agar pengguna mengambil
SNE Kapsul dan
Excel Tea bagi merawat masalah yang dihadapi. Rata-rata ingin menggunakan Beautskin Essence.
Boleh tetapi lebih baik untuk kita merawat masalah dalaman terlebih dahulu. Apabila masalah kulit telah dirawat bolehlah ke peringkat seterusnya untuk mendapatkan kulit yg cantik,cerah dan berseri.
Untuk masalah jerawat,
SNE Kapsul dapat
membaikpulih dan menyuburkan sel-sel badan, menyingkirkan toksin dan sel-sel bebas, membersihkan darah dan membantu proses detoksifikasi. Excel Tea juga dapat membantu menyingkirkan toksin dan radikal bebas dalam badan dan mencegah jangkitan kuman dan virus.
INFO MENGENAI JERAWAT
Berikut adalah faktor-faktor yg menyebabkan jerawat keluar.Anda boleh mengatasinya sekiranya anda tahu punca jerawat-jerawat anda :
1.Perubahan hormon
Apabila berlaku perubahan hormon seperti zaman baligh remaja, mengandung, datang haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormon dalam badan,iaitu hormon androgen (testosteron) yang ada dalam badan lelaki dan wanita. Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan haid sehingga seminggu setelah habis haid, jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormon ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan.Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an.Selain daripada itu,penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.
2.Tekanan (Stress)
Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.
Tekanan fizikal
1.Bersenam atau bersukan tanpa rehat yang cukup
2.Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
3. Jadual seharian yang sangat ketat
4. Merokok, pengambilan dadah
Tekanan emosi
1.Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
2.Buli
3.Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
4.Kerja /study yang banyak
3.Pemakanan
Pemakanan yg tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu,belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak seperti santan,produk tenusu seperti susu lembu,coklat.
4.Toksin
Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain
5.Faktor Genetik
Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Atas sebab itu ubat anti jerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.
6.Allergic atau alahan
Allergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,krim muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan kimia tertentu yang tidak sesuai dgn kulit..Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat.Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit.
7. Perubahan biologi badan
Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan)
8.Persekitaran & Pencemaran
Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut.Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.
9.Jangkitan pada kulit & Resdung
Kuman (bakteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas.
10.Faktor Cuaca
Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar.
KEDUDUKAN JERAWAT
Sekiranya jerawat berulang kali naik di tempat atau kedudukan yang sama,ini menggambarkan dalaman kita yang tertentu mempunyai masalah, tetapi sekiranya setiap kali ia tumbuh di tempat yang berlainan,itu adalah normal.Tidak semestinya jika kita mempunyai masalah dalaman, jerawat wajib tumbuh di kawasan muka yg tertentu.Ada juga diantara kita ada masalah dalaman tetapi kulit muka tiada masalah . Adalah lebih baik jika kita tahu apa yang ada di luaran sekarang datangnya dari dalaman supaya kita dapat mengambil berat masalah dalaman tersebut.
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sistem penghadaman tidak normal di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi.
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.Ini juga menunjukkan period anda sudah makin hampir. Dalam beberapa hari lagi, pasti anda akan mengalami menstruasi.
PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.
PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal
PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Sebarang pertanyaan mengenai produk, sila hubungi :
AZURA : 017-2262548
Boleh juga menghubungi stokis dan dealer kami :-
Azura : 017-2262548 --- ( Putrajaya / Bangi / Cheras ) --- MOBILE STOKIS
Hidayah (Dina Danish) : 019-2702266 (JB) --- MOBILE STOKIS
Intan : 012-5969829 (Pantai Dalam / Sg. Buloh / Bangsar) --- DEALER
Syuk : 019-5435795 (Ampang / Wangsa Maju/ Gombak) --- DEALER
Armila : 019-3145322 (Melaka / Muar / Tangkak / Batu Pahat) --- DEALER
Zara : 011-29087379 (Ipoh) --- DEALER
Aloy : 012-2040715 ( Klang / Shah Alam) --- DEALER